UCAPAN ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia
Memula bicara marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t yang telah melimpahkan rahmat, taufik, dan hidayah kepada kita semua melangkah ke tahun baru 2012 serta mengorak langkah demi menjana kecemerlangan yang dicita-citakan. Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan kakitangan SK Taman Senangan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa ke arah kecemerlangan sekolah ini dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, sempena bermulanya sesi persekolahan tahun 2012 ini, saya menyeru kepada diri saya dan kakitangan agar terus berusaha dengan lebih gigih dan tabah agar “KECEMERLANGAN SKTS 2015” yang disasarkan akan menjadi kenyataan.
Dalam usaha menuju “KECEMERLANGAN 100% TAHUN 2015” ini, janganlah kita menoleh ke belakang. Segenap tumpuan terhadap “Core-Business” kita adalah untuk memantapkan serta menyerlahkan pencapaian prestasi akademik dan keterampilan sekolah. Sebagai sekolah yang pernah dinobatkan sebagai “SEKOLAH TERBAIK DAERAH SEBERANG PERAI UTARA” dan “SEKOLAH BAI’AH / BAND 1” pada tahun 2010/2011, saya percaya ia menjadi satu inspirasi yang jitu dalam meningkatkan semangat untuk kita bersama-sama mendokong aspirasi agar 2012 akan menjadi medan kecemerlangan yang lebih baik.
Kita perlu melaksanakan pelbagai program dan menyusun aktiviti secara sistematik dan berdokumentasi, bermatlamat serta berusaha menggembeling tenaga semua pihak bagi merealisasikan matlamat, seterusnya meraih kejayaan yang unggul. Di sebalik program yang dirancang, marilah kita bersama-sama berpadu usaha, membina imej dan kekuatan dari pelbagai sudut, menganjak paradigma, memacu peradaban, iklim serta persekitaran yang kondusif untuk memperkembang potensi warga SKTS ke arah pembinaan insan yang berilmu, beramal, dan berbakti. Sikap kerjasama, ikhlas, jujur, dan komited perlu dijadikan matlamat dalam diri masing-masing. Sikap sambil lewa dan ambil mudah, malas berusaha serta tidak peka dengan kehendak dunia masa kini merupakan suntikan yang akan memusnahkan masa hadapan generasi pewaris kita.
Semua guru perlu sentiasa memiliki sikap ingin tahu, suka melakukan perubahan dan peningkatan prestasi diri ke arah yang lebih meyakinkan. Perubahan seperti ini sememangnya sukar diperoleh tanpa kesedaran dalam diri masing-masing. Pengorbanan dan tugas guru amat murni. Sekiranya semua guru sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing, maka akan terlerailah segala masalah yang selama ini menjadi penghalang kejayaan serta kecemerlangan sekolah ini. Saya menyeru pada semua warga SKTS bersama saya mengatur langkah mennyumbang tenaga meningkatkan usaha untuk meletakkan nama SKTS dipersada sekolah yang terbaik dalam Negara kita.
“MANUSIA YANG KREATIF LAZIMNYA DOMINAN,BERANI, STABIL, BERFIKIRAN TERBUKA, PANJANG AKAL SERTA BERJIWA HALUS.”
Sekian, terima kasih.
RAMLEE BIN ABU BAKAR
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan,
Butterworth terletak di suatu kawasan seluas 9,463 ekar di mukim 7, Seberang
Perai Utara. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengan Teknik,
Butterworth dan Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia ( TUDM ).
Nama Sekolah Kebangsaan Taman Senangan adalah
bersempena dengan nama sebuah taman perumahan yang berhampiran dengan bangunan
sekolah ini dan merupakan taman perumahan yang terawal sekali dibangunkan di
kawasan ini.
Sekolah ini
telah diasaskan pada 4 Januari 1988 dengan murid seramai 91 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 69 orang murid
Melayu, 16 orang murid India
dan 6 orang murid Cina.
Guru Besar pertama ini ialah Encik Osman bin
Idris dan dibantu oleh 5 orang guru penolong dan seorang kerani.
Pada peringkat permulaannya sekolah ini
dibuka, murid-murid terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Telok Air
Tawar kerana bangunan ini belum siap sepenuhnya. Murid – murid dan guru
berpindah ke bangunan baru pada 13 Februari 1989.
Kebanyakan murid – murid sekolah ini terdiri
daripada anak – anak anggota TUDM, Butterworth. Selebihnya merupakan anank –
anak penduduk taman – taman perumahan di sekitar kawasan ini, iaitu Taman Senangan,
Taman Telok Molek, Taman Telok Air Tawar, Taman Wira, Taman Robina, Taman
Ratna, Kampong Setol dan Taman Telok Air Tawar Indah.
Jumlah murid sekolah ini bartambah dari
setahun ke setahun, begitu juga dengan guru- guru. Sehingga 31 Disember 2008
jumlah murid sekolah ini ialah 802 orang. 680 orang Melayu, 8 orang murid Cina,
99 orang murid India dan 15 lain – lain bangsa. Bilangan guru seramai 47 orang,
guru j-QAF seramai 6 orang dan staf sokongan seramai 6 orang.
Guru Besar yang pertama Encik Osman bin Idris
telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga pada 1 Ogos 1994.
Tempat beliau diganti oleh Encik Abdul Aziz bin Sahat pada tarikh yang sama.
Encik Abdul Aziz bin Sahat telah bersara pada 15 Ogos 1996. Guru Besar yang
ketiga sekolah ini ialah Puan Hajah Khatijah binti Salleh yang mula bertugas
pada 16 Oktober 1996 sehingga 31 Mei 2001 bersara pilihan sendiri. Guru Besar
yang menggantikan tempat beliau adalah Puan Sahirah binti Abd. Rahman yang
memulakan tugasnya mulai 16 November 2001 hingga 15 Julai 2007 kerana bertukar
ke SK Sungai Dua. Guru Besar yang ke-5 ialah Hajah Siti Rohani bt. Ismail yang
mula bertugas pada 17 Oktober 2007. Beliau bertugas di sini selama 6 bulan dan
bertukar ke SK Pengkalan Jaya Tasek Gelugor pada 1April 2008.
Tempat beliau
digantikan oleh Puan Asiah bt. Othman sebagai Guru Besar yang keenam pada
tarikh yang sama. Sejak itu SK Taman Senangan semakin bertambah cemerlang
hingga terpilih sebagai sekolah yang bertaraf Band 1. Anugerah ini diterima di
Negeri Melaka pada tahun 2011 oleh Pn Asiah bt Othman yang disampaikan YAB En
Mohyidin bin Yasin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia. Pn. Asiah bt Othman akhirnya mengakhiri perkhidmatannya sebagai
seorang guru pada 27 September 2011. Tempatnya diambil alih pula oleh En.
Ramlee bin Abu Bakar. Moga SKTS terus cemerlang Gemilang dan Terbilang di
Persada Dunia.
SENARAI PENTADBIR SEKOLAH
BIL | NAMA GURU |
TAHUN
|
1. | EN. OSMAN BIN IDRIS |
1988 -1994
|
2. | TN. HJ. AZIZ BIN SAHAT |
1994 - 1995
|
3. | PN. HJH KHADIJAH BT. SALLEH |
1995 - 2001
|
4. | PN. SAHIRAH BT. ABD RAHMAN |
2001 - 2007
|
5. | PN. HJH. SITI ROHANI BT. ISMAIL |
2007 - 2008
|
6.
|
PN. ASIAH BT. OTHMAN
|
2008 -
2011
|
7. | EN. RAMLEE BIN ABU BAKAR |
2011 - ____
|
Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan
untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran
dan Al-Sunnah bagi membentuk hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
TERAS PERKHIDMATAN
Ø Berazam
meninggikan mutu perkhidmatan
Ø Bekerja
dengan penuh tanggungjawab
Ø Berusaha
mengikis sikap mementingkan diri
Ø Berkhidmat
dengan muhibbah dan kemesraan
Ø Bekerja ke
arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
Ø Bekerjasama
dengan membenteras kelemahan dan musuh-musuh Negara
Ø Berpegang teguh kepada ajaran agama
No comments:
Post a Comment