INFO RINGKAS (KILK MENU INFORMASI UNTUK KETERANGAN LANJUT)



INFOMASI TERKINI.

SK TAMAN SENANGAN KINI MEMILIKI LAMAN WEB RASMI YANG BARU (http://sktamansenangan.edu.my). SEBARANG PERKEMBANGAN TERKINI, MAKLUMAT BERKAITAN SEKOLAH AKAN DIMUATNAIK MELALUI LAMAN INI BERMULA JULAI 2012. SEHUBUNGAN ITU, ADMIN TIDAK LAGI AKAN MENGEMASKINI LAMAN BLOG INI .

HARAP MAKLUM.

Tuesday, May 15, 2012

PROFIL SEKOLAH

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia 

Memula bicara marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t yang telah melimpahkan rahmat, taufik, dan hidayah kepada kita semua melangkah ke tahun baru 2012 serta mengorak langkah demi menjana kecemerlangan yang dicita-citakan. Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan kakitangan SK Taman Senangan yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa ke arah kecemerlangan sekolah ini dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, sempena bermulanya sesi persekolahan tahun 2012 ini, saya menyeru kepada diri saya dan kakitangan agar terus berusaha dengan lebih gigih dan tabah agar “KECEMERLANGAN SKTS 2015” yang disasarkan akan menjadi kenyataan. 

Dalam usaha menuju “KECEMERLANGAN 100% TAHUN 2015” ini, janganlah kita menoleh ke belakang. Segenap tumpuan terhadap “Core-Business” kita adalah untuk memantapkan serta menyerlahkan pencapaian prestasi akademik dan keterampilan sekolah. Sebagai sekolah yang pernah dinobatkan sebagai “SEKOLAH TERBAIK DAERAH SEBERANG PERAI UTARA” dan “SEKOLAH BAI’AH / BAND 1” pada tahun 2010/2011, saya percaya ia menjadi satu inspirasi yang jitu dalam meningkatkan semangat untuk kita bersama-sama mendokong aspirasi agar 2012 akan menjadi medan kecemerlangan yang lebih baik.

Kita perlu melaksanakan pelbagai program dan menyusun aktiviti secara sistematik dan berdokumentasi, bermatlamat serta berusaha menggembeling tenaga semua pihak bagi merealisasikan matlamat, seterusnya meraih kejayaan yang unggul. Di sebalik program yang dirancang, marilah kita bersama-sama berpadu usaha, membina imej dan kekuatan dari pelbagai sudut, menganjak paradigma, memacu peradaban, iklim serta persekitaran yang kondusif untuk memperkembang potensi warga SKTS ke arah pembinaan insan yang berilmu, beramal, dan berbakti. Sikap kerjasama, ikhlas, jujur, dan komited perlu dijadikan matlamat dalam diri masing-masing. Sikap sambil lewa dan ambil mudah, malas berusaha serta tidak peka dengan kehendak dunia masa kini merupakan suntikan yang akan memusnahkan masa hadapan generasi pewaris kita.

Semua guru perlu sentiasa memiliki sikap ingin tahu, suka melakukan perubahan dan peningkatan prestasi diri ke arah yang lebih meyakinkan. Perubahan seperti ini sememangnya sukar diperoleh tanpa kesedaran dalam diri masing-masing. Pengorbanan dan tugas guru amat murni. Sekiranya semua guru sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing, maka akan terlerailah segala masalah yang selama ini menjadi penghalang kejayaan serta kecemerlangan sekolah ini. Saya menyeru pada semua warga SKTS bersama saya mengatur langkah mennyumbang tenaga meningkatkan usaha untuk meletakkan nama SKTS dipersada sekolah yang terbaik dalam Negara kita. 

“MANUSIA YANG KREATIF LAZIMNYA DOMINAN,BERANI, STABIL, BERFIKIRAN TERBUKA, PANJANG AKAL SERTA BERJIWA HALUS.” 

Sekian, terima kasih. 

RAMLEE BIN ABU BAKAR 
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Senangan. 

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth terletak di suatu kawasan seluas 9,463 ekar di mukim 7, Seberang Perai Utara. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sekolah Menengan Teknik, Butterworth dan Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia ( TUDM ).
Nama Sekolah Kebangsaan Taman Senangan adalah bersempena dengan nama sebuah taman perumahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah ini dan merupakan taman perumahan yang terawal sekali dibangunkan di kawasan ini.

Sekolah ini telah diasaskan pada 4 Januari 1988 dengan murid seramai 91 orang. Murid-murid ini terdiri daripada 69 orang murid Melayu, 16 orang murid India dan 6 orang murid Cina.
Guru Besar pertama ini ialah Encik Osman bin Idris dan dibantu oleh 5 orang guru penolong dan seorang kerani.

Pada peringkat permulaannya sekolah ini dibuka, murid-murid terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Telok Air Tawar kerana bangunan ini belum siap sepenuhnya. Murid – murid dan guru berpindah ke bangunan baru pada 13 Februari 1989.
Kebanyakan murid – murid sekolah ini terdiri daripada anak – anak anggota TUDM, Butterworth. Selebihnya merupakan anank – anak penduduk taman – taman perumahan di sekitar kawasan ini, iaitu Taman Senangan, Taman Telok Molek, Taman Telok Air Tawar, Taman Wira, Taman Robina, Taman Ratna, Kampong Setol dan Taman Telok Air Tawar Indah.

Jumlah murid sekolah ini bartambah dari setahun ke setahun, begitu juga dengan guru- guru. Sehingga 31 Disember 2008 jumlah murid sekolah ini ialah 802 orang. 680 orang Melayu, 8 orang murid Cina, 99 orang murid India dan 15 lain – lain bangsa. Bilangan guru seramai 47 orang, guru j-QAF seramai 6 orang dan staf sokongan seramai 6 orang.

Guru Besar yang pertama Encik Osman bin Idris telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga pada 1 Ogos 1994. Tempat beliau diganti oleh Encik Abdul Aziz bin Sahat pada tarikh yang sama. Encik Abdul Aziz bin Sahat telah bersara pada 15 Ogos 1996. Guru Besar yang ketiga sekolah ini ialah Puan Hajah Khatijah binti Salleh yang mula bertugas pada 16 Oktober 1996 sehingga 31 Mei 2001 bersara pilihan sendiri. Guru Besar yang menggantikan tempat beliau adalah Puan Sahirah binti Abd. Rahman yang memulakan tugasnya mulai 16 November 2001 hingga 15 Julai 2007 kerana bertukar ke SK Sungai Dua. Guru Besar yang ke-5 ialah Hajah Siti Rohani bt. Ismail yang mula bertugas pada 17 Oktober 2007. Beliau bertugas di sini selama 6 bulan dan bertukar ke SK Pengkalan Jaya Tasek Gelugor pada 1April 2008. 

Tempat beliau digantikan oleh Puan Asiah bt. Othman sebagai Guru Besar yang keenam pada tarikh yang sama. Sejak itu SK Taman Senangan semakin bertambah cemerlang hingga terpilih sebagai sekolah yang bertaraf Band 1. Anugerah ini diterima di Negeri Melaka pada tahun 2011 oleh Pn Asiah bt Othman yang disampaikan YAB En Mohyidin bin Yasin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pn. Asiah bt Othman akhirnya mengakhiri perkhidmatannya sebagai seorang guru pada 27 September 2011. Tempatnya diambil alih pula oleh En. Ramlee bin Abu Bakar. Moga SKTS terus cemerlang Gemilang dan Terbilang di Persada Dunia.


SENARAI PENTADBIR SEKOLAH


BIL NAMA GURU
TAHUN
1. EN. OSMAN BIN IDRIS
1988 -1994
2. TN. HJ. AZIZ BIN SAHAT
1994 - 1995
3. PN. HJH KHADIJAH BT. SALLEH
1995 - 2001
4. PN. SAHIRAH BT. ABD RAHMAN
2001 - 2007
5. PN. HJH. SITI ROHANI BT. ISMAIL
2007 - 2008
6.
PN. ASIAH BT. OTHMAN
2008 - 2011
7. EN. RAMLEE BIN ABU BAKAR
2011 - ____



LOGO/LENCANA SEKOLAH

PERINCIAN LOGO SEKOLAH







FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM 

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. 

TERAS PERKHIDMATAN 

Ø Berazam meninggikan mutu perkhidmatan 
 Ø Bekerja dengan penuh tanggungjawab 
Ø Berusaha mengikis sikap mementingkan diri 
Ø Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan 
Ø Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara 
Ø Bekerjasama dengan membenteras kelemahan dan musuh-musuh Negara 
Ø Berpegang teguh kepada ajaran agama  

Search This For Me

KEJOHANAN BOLA BALING ZON BUTTERWORTH

MERENTAS DESA

PERHATIAN

BANYAK LAGI GAMBAR DALAM ALBUM PILIHAN SKTS.
Sila Klik Menu [Album Pilihan] untuk lihat gambar berkaitan aktiviti dan program sekolah

Klik [kira gaji] untuk kira gaji baru anda sekarang